Camne Agaknya Anak2ku?

Saturday, March 5, 2011

Camne la agak2nya anak-anak pokok yang aku tinggalkan tu? Agak-agaknya boleh hidup tak diorang? Hehe. Anak pompuan aku ni aku bawa sekali la bercuti, tapi yang aku risau anak2 pokok kat rumah tu. Hehe. Ntah, apa la yang jadi kat diorg. Kita tgk esok.

Tadi, aku agak stress. Aku baru lepas pergi kursus FCPO dengan bro Zaid. Memang best, sebab aku dah dapat strategi yang sangat-sangat berguna. Cuma aku belum ada masa lagi nak trade. So, buat masa ni untuk suke-suke je.

Tadi.. aku rasa stress gak. Sebab aku tak pandai la nak borak2 dgn org lain. Samada org yang lagi muda ke atau lagi tua. Yg sebaya pun aku tak pandai borak. Ni la kelemahan terbesar aku. Ibarat jadi kera sumbang je tadi. Malu, segan, tensen.. sume ada. Sampai aku jadi depress lak. Hm.. aku sedar aku dibesarkan dalam suasana yang berbeza drpd orang lain. Aku tak mahu menyalahkan ibubapaku kerana aku membesar jadi begini.. aku terima kekurangan diri aku. Aku terima kelemahan diri aku, cuma aku tak pasti samada mereka sedar tak akan kelemahan diri aku. Sebenarnya aku tak mampu lagi nak bekerja dengan orang.. sebab aku tertekan sangat dengan kelemahan yang ada pada diri aku. Aku jagi kekok bekerja. Nampak canggung. Penuh ketidakupayaan. Orang nampak kelemahan je pada diri aku. Aku sedar sape diri aku, tapi aku cuba tak pedulikan. Bukanlah aku cacat, tapi aku tahu aku lemah dalam komunikasi dan sangat kurang keyakinan diri. Apa yang aku boleh buat. Aku terima kelemahan diri aku. Dan aku mahu perbaiki diri aku. Aku tahu aku tak mampu nak perbaiki diri ini seorang diri. Aku perlukan kaunselor, cuma aku tak tahu di mana nak cari.

Hm.. okla. tu je buat masa ni. Ada gangguan dari cerita cerekarama lak.

0 comments:

Post a Comment