My Future.. My Call.

Monday, February 28, 2011

0 comments
Ini plan perancangan masa depan aku. Mungkin agak crazy bagi sesetengah orang, tapi I believe that we work the best on what we enjoy doing..

Aku akan tamatkan tempoh compulsory servis dalam perkhidmatan. Oleh kerana, aku bukan tajaan JPA, maka aku tidak terikat dengan kontrak 10 tahun JPA dan aku boleh resign pada bila-bila masa tanpa denda. Dengan lesen APC yang aku perolehi, aku akan bergiat secara part-time dalam profession ni. Mungkin setelah duit terkumpul mencukupi, aku akan buka sebuah klinik swasta yang menawarkan perkhidmatan terulung. Maka, aku akan bersabar untuk beberapa tahun lagi.

Sebelum aku resign, aku akan ceburi bidang pertanian secara perlahan-lahan. Aku akan mempelajari bidang baru ini sehingga aku berjaya. Dan, apabila aku sudah resign nanti, aku akan terlibat dalam bidang ini secara full-time. This will be my serious work.. my serious bussiness. I know what I can do and what I sucks to do. Seeing patients, handling a bunch of people to work, furthermore having to cope with my very low self esteem, yet due to the nature of work, I CANT find time to see counselor and get treated! With all these build-up stress over time, I can't think of going into it any further. I am just thinking of getting OUT! I am tired being here. I am not much respected as well, as it is from my weakness of interpersonal communication. I am sucks handling with people. I am no leader inside me. I just stay fine being alone. Being alone, doing thing alone, what makes me be able to focus and do my job to the best. So, that's why.. I choose to quit soon. Many people may see what I choose as a wasteful, sad, and very unfortunate. But.. I know myself the best, so I now decide on my future. I don't care if any people not happy. This is my life, and I am the one who make the call.

So, I find agriculture is suit best with my personality. I can find my own time to work. I can work without anyone interrupt my job. I can do anything to my work. Nobody has to criticise me, or remind me, or bad-mouth me in front of me. I am free.. and although it is not easy, but agriculture bussiness if run well may produce income of 5 X bigger than my stressful work now.

When I have resigned, and have time for myself, I will stay more with family. I will teach my children of deen and living. I will see counselor and pay for some treatment of my personality complexity. I will read more books, and attend more courses. Seeking and learning more about life. And become happier and wiser..

If you think that my resignation would put me into poor living, jobless, depression.. think again, coz I am not stupid. I prepare and ready to take consequences on my decision. It is my life.. and I am the one who make the call. Who know the best about me, who is going to endure whatever happen in my life.. is me!! So, it is my call.


Thank you..

Day 5 - Semerah

0 comments
Dah hari ke-5 aku menunggu, tapi masih tak tumbuh-tumbuh lagi anak pokok Semerah aku neh. Huhuhu.. Sedihnya, tapi aku tak seberapa kisah sangat sebab aku buat pun sekadar suka-suke je.

Sebagai seorang doktor yang pernah melalui keperitan zaman pengajian di universiti dulu, kegagalan adalah suatu kebiasaan.

Dare To Fail.

Macam pernah dengar je ye ayat ni. Apa taknye, inilah tajuk sebuah buku yang famous di Malaysia suatu ketika dulu, yang ditulis oleh Billy Lim. Very inspiring book, that you think failure is an opportunity, rather than depressing.

So, disebabkan rasa tak puashati dengan kemajuan penanaman aku, aku pun mula la mencungkil beberapa lubang tapak semaian tu, dan aku mendapati...

Rupa-rupanya biji-biji benih yang kutanam tu tak hidup lagi. Patutlah takde perkembangan, rupa-rupanya tak tumbuh lagi. Tunggu punya tunggu, siram punya siram, rupanya tak bercambah lagi. Ni mesti ada kesilapan kat mana2 dalam proses tanaman aku. So, aku ulaskan teknik semaian yang aku buat.

Day 3 - Semerah

Friday, February 25, 2011

Nampaknya belum ada apa-apa perubahan lagi pada tapak semaian aku. Belum bercambah lagi pokoknya. Kena tunggu lagi kot. Ala, baru 3 hari. Kena bersabar. Tapi aku dah agak excited dengan hobi baru ni. Sekali pun belum ada apa-apa hasil, tapi aku dapat menyalurkan fikiran dan harapan aku pada sesuatu perkara yang aku suka. Dan, hasilnya aku rasa lebih gembira sikit.

Ni.. beberapa shot yang aku ambil.

(Kerja menyiram dah bermula. Dalam 2 kali sehari aku menyiram.)

(Siram pakai penyembur air je. Hehe, jimat!)

Day 1 - Semerah

Thursday, February 24, 2011

0 comments
Setelah kepenatan oncall pada hari ahad, aku dapat PM OFF pada keesokan harinya, Isnin 21 Feb 2011. Namun, aku cuma dapat angkat kaki keluar dari perkarangan hospital pada pukul 2.30pm. Itulah Jabatan Pesakit Luar pada hari isnin, pesakit ramai giler.

Dengan sedikit kesempatan yang ada tu, aku pun memandu ke pejabat MARDI yang ada kat Tanjung Karang ni untuk mendapatkan sedikit info. Berikut adalah info yang aku perolehi :

1. MARDI adalah pusat penyelidikan pertanian yang dimiliki kerajaan, tapi turut menyediakan kursus/bengkel untuk pertanian. Kursus dia mahal giler. RM700 - RM1200 sekali kursus, yang biasanya dalam 2-3 hari.
2. Dicadangkan supaya aku beli tapak semaian dan tanah untuk memulakan bercucuk-tanam.
3. Ada tawaran ladang kontrak, tapi untuk mereka yang boleh usahakannya sepenuh masa. Kelebihan, FAMA akan beli hasil ladang tu pada harga tetap, tapi sedikit rendah daripada harga pasaran. Namun, bantuan dan sokongan diberikan secara berkala.
4. Satu bungkus biji-biji Semerah yang berharga RM2.00 telah diberikan percuma untuk aku. Hehe.

Kemudian, aku pun belilah beberapa peralatan untuk memulakan hobi baru aku..

Tapak semaian RM3.50
Tanah bakar RM15 / 5kg

Dan, aku pun mulalah mengotorkan tanganku mengisi tapak semaian itu dengan tanah bakar. Bersama-sama isteri, kami masukkan biji-biji Semerah yang diperolehi secara percuma dari MARDI tadi.

Nanti aku update gambar hasil kerja pertanian aku.

(Tapak semaian ini memuatkan 104 lubang)

(Tarikh tu silap ye. 23/2/2011. Ini daripada pandangan sisi.)

(Hasil kerja tak cantik. Ada yang terdalam, ada yang melimpah tanahnya. Biarlah, asalkan anak pokoknya boleh bercambah.)

Jiwaku bukan berjiwa doktor..

0 comments
Aku telah bertungkus-lumus menamatkan zaman persekolahanku. Dan, aku telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, dan lebih membanggakan aku telah berjaya menggengam segulung ijazah yang menjadi pujaan ramai orang, ijazah Perubatan.

Dan.. kini aku adalah seorang pegawai peubatan yang sedang berkhidmat dengan salah sebuah hospital kerajaan di Malaysia. Sememangnya orang menggelar diriku, 'doktor', sesuai dengan pangkat yang aku miliki.

Kelihatannya hidupku seolah-olah sempurna.
Aku telah memiliki jawatan tinggi yang disanjung orang. Aku juga memiliki apa yang diidamkan orang, iaitu sebuah pekerjaan tetap yang bergaji BESAAR.. Aku juga sudah berumahtangga.

Tapi.. aku rasa tertekan dengan kerja aku. Aku rasa keletihan. Aku rasa bosan. Aku selalu mengeluh dengan pekerjaan aku. Aku tak rasa gembira sangat dengan dugaan yang merintang di sepanjang laluan kerjaya aku ni. Aku sentiasa rasa ingin 'quit'. Aku selalu terfikir untuk berhenti kerja.

Kenapa? 

Sebenarnya aku tak seberapa selesa berjumpa dengan bermacam-macam karenah orang. Pelbagai kehendak manusia yang pentingkan diri sendiri yang terpaksa aku hadapi setiap hari. Tak kurang juga sesetengah manusia yang tak berhati perut yang melulu mencarut di hadapan aku, sedangkan yang mereka salahkan adalah sistem, dan aku sendiri hanyalah pekerja kepada sistem itu. Tapi, akulah yang dimaki hamun.

Tak kurang juga mereka yang tak berpuas-hati dengan layanan aku, sekali pun dengan senyuman dan kata-kata lembut aku berikan, namun tak dapat jua memuaskan kehendak mereka yang tak kenal bersyukur dan berterima kasih.

Malah, begitu ramai juga yang awal-awal lagi menunjukkan keegoan diri mereka dan mempertikaikan segala keputusan aku seolah-olah mereka mengetahui semua, dan melontarkan hujah-hujah itu dan ini yang kulihat cumalah andaian dan khabar angin tanpa bukti-bukti saintifik dan pengesahan kementerian kesihatan. Mereka fikir mereka lebih pandai dan menganggap aku sebagai musuh kerana bercanggah dengan pendapat mereka, sedangkan aku lihat mereka seperti dipukau dan diperbodohkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengabui mata mereka. Bila aku cuba memberikan nasihat yang sebaliknya, aku pula dianggap tidak layak dan musuh.

Ada juga yang menggunakan ugutan untuk menjatuhkan maruah aku, atau meminta pihak atasan kementerian untuk mengambil tindakan dan hukuman ke atas aku, sedangkan apa yang aku buat adalah berdasarkan protokol dan 'guideline'. Namun, sikap ketidakpuasan hati mereka mahu aku turut dipersalahkan, sekalipun aku cuma menjalankan tugas.. dan tugas aku adalah membantu merawat sakit mereka!

Aduh... andai aku seorang yang pandai berkomunikasi dan bermanipulasi, mungkin aku dapat cantas mereka-mereka yang ego dan aku dapat kendurkan kemarahan mereka yang tak puashati, dan menggembirakan mereka yang kesedihan. Namun aku bukan begitu.. aku kurang pandai berkomunikasi. Aku cuma pandai ilmu perubatan, tapi lemah ilmu interaksi..

Doktor.. sekali pun gah pada namanya, tapi hidupku tertekan kerananya...

Ya Allah, izinkan aku untuk mengundur diri darinya dengan aman dan baik.