A 'boy' in Me

Thursday, March 24, 2011

1 comments
Orang kata aku gelabah.
Orang kata aku cuak.
Orang kata aku tak pandai/mahir.

dan.. aku tak nafikan semuanya.
Memang aku gelabah. Memang aku cuak bila berdepan dengan kes-kes yang aku tak biasa. Memang aku tak 'cool' menghadapi situasi yang mencabar sikit. Memang aku cepat stress, sekali pun aku tak bersalah. Aku memang tak 'cool'.

Apa nak buat, itulah diriku..
Bila difikir-fikirkan semula, sebenarnya itu cuma tip of an iceberg. Kegelelabahan/kecuakan/ ketidakmatangan aku semua tu cuma lah apa yang terpampang pada permukaan personaliti diri aku. It is all about my personality.. it is how I grew up to be and become like this. I don't deny that I hate why it is me? Why am I not 'cool'? Why am I such a cowardish/childish? I don't denied that I am hurt of the way I was grew up. I can't denied how I hate my life that makes me into 'this'!. I hate what happen to me.. It's hurt.. as how much I felt hurt being humiliated by the people. People don't care about me, and it's hurt when I have nobody to turn to to relieve my 'pain'. It is so pain, that my eyes quickly drop tears running down on my cheek. It is so painful.. but I have nobody to tell how painful I am.. I am all alone ever since I remember my childhood. Nobody has ever calm me down.. Nobody hug me and give me good word.. Nobody try to ease me.. I am all alone.. and it is even hurt.. so pain.. so hurt.. I can still feel how pain even at this point of writing.. Huhu.. sob..sob.. it's so hurt... I feel pain deep inside my chest... so pain that my headache gone throbbing..

Nobody know that, and it is so sad. I am so full of pathetic! I am so pathetic! How pathetic is that when you are hurt and pain, and yet somebody know that you are pain, but nobody gets near to you and you have to suffer the pain alone.. till you fall asleep as you had done silently crying... it is so sad, yet nobody know that..

And that's exactly how I grow up to be like I am today!

People don't know about my past, people just know that I am not 'cool'. I am bad, not good, weak, childish, etc.. and yet people treat me as if it is my fault for being one. How pathetic I am.. How hopeless I am.. till I am thinking of not worth of living in this cruel lonely life..

What can I do... nothing, I can just cry silently.. coz I can't hold my tears running down as I can't hold how sad I felt dealing with this life.. I feel so sad..so demotivated.. very weak as if my energy had all been sucked out..

Now... I still have a 5 years old 'boy' inside me that still crying..  he can't believe how old he is now, but he can't escape from that very 'prison'.. He want to get out so badly but he just seem can't find a way out.. he then cry again.. and again.. feeling so lonely in that 'world'.. he knows that he shouldn't be here, he knows that he should become taller.. hairy.. muscular.. manly.. but he can't, as if his growth retarded like that for eternity..

That's me.. help me.. help me..
help me.. help me....
somebody.. help me...
someone.. please answer me.. why it is so quite 'here'... why is it so dark in 'here'... I can't see anybody.. I feel so lonely... why there is nobody 'here'... why am I trapped alone 'here'... why me..? what is my fault? what have I done to deserve 'this'... why.... I feel so weak.. so tired... so sick...

:...........-(

Aku Tak Bergaya.. Aku Memang Selekeh Je..

Tuesday, March 22, 2011

1 comments
Bagi kebanyakan orang, seorang doktor dengan gaji yang sekian lumayan, mesti berpenampilan mewah dan bergaya. Mesti! Kalo ada orang yang mengaku doktor, tapi pakaian macam cikai je, itu sah doktor penipu. Begitulah stigma masyarakat pada rupa pakaian doktor.

Namun.. aku pula lain kisahnya. Ntahla, memang aku bukan yang jenis suka bermewah. Aku tak kisah berpakaian compang-camping sekali pun. Aku tak heran jika seluar aku koyak dan aku jahit semula. Aku lebih suka pakai baju-baju yang lusuh sebab lembut dan senang menyerap peluh, lagi pun kulit aku alahan sikit pada baju-baju baru yang masih berlilin. Itulah diriku..

Mungkin kebanyakan kawan2 aku sudah menukar baju2 kerja mereka sejak bermula alam pekerjaan ini. Aku dapat lihat sorang kawan baik aku beli satu set baju seluar batik yang megah dan sangat 'class'! Memang dia bergaya sungguh. Tapi.. aku masih lagi memakai baju2 kuliah yang aku gunakan masa zaman universiti lagi! Memang dah usang giler baju aku, tapi sebab masih utuh lagi benangnya, maka aku teruskan jugak memakai. Kawan2 aku pun semua pakai kereta2 yang mewah2, macam Honda City, Vios, dan tak kurang juga yang meminati kereta pilihan ramai Myvi. Ada yang pakai Kancil? Takde, kecuali aku..

Apa da aku ni, takde standard langsung. Beli barang cikai-cikai je. Pakai baju yang dah lama. Beli lah baju baru sikit, baru nampak smart! Kedekut la. Dan macam-macam lagi tohmahan yang aku fikirkan sendiri. Tapi itulah aku...

Aku suka low profile. Keep low. Do my own business. So, bila aku berpandangan macam ni, aku selalu memikirkan untung rugi tindakan yang aku pilih. Nak beli baju baru, tapi baju lama masih elok. Berbaloi ke beli baju baru? Nanti kang banyak baju, tak pakai-pakai lak. Dah membazir.. Begitulah yang selalu aku fikirkan. Ya, dengan berfikiran begini aku menjadi kedekut dalam berbelanja. Tapi aku tak mahu diri aku memiliki ciri yang dibenci Allah itu, maka aku mudahkan tangan aku menghulur kepada mereka yang meminta dalam bentuk sedekah. Namun aku memilih juga peminta sedekah ni, kalo yang budak kecik minta, aku tanya kow-kow siapa ibubapa dia, apa ibubapa dia buat, siapa penjaga dia, adakah penjaga dia yang suruh minta derma, dan lain-lain. Aku bukan nak mencaci peminta sedekah, tapi sedar tak korang ada sesetengah orang dewasa jahanam yang mempergunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah daripada orang awam, dan kemudian merampas hasil sedekah itu daripada budak2 yang malang tu untuk kegunaan mereka sendiri. Ya Allah, betapa zalimnya mereka. Kalo aku tahu, memang aku nekad nak report kat JKM/Polis untuk siasat. Kena jadi masyarakat prihatin untuk selamatkan masa depan kanak-kanak yatim piatu itu.

Bila makan bersama kawan, aku cuba pujuk hati untuk belanja diorang makan. Bila main futsal, aku bayar lebih sikit. Semata-mata untuk mendidik jiwa aku yang memang kedekut. Itulah diri aku...

Itulah aku...

Update.. Sory, busy minggu neh.

Tuesday, March 15, 2011

0 comments
Aku dah alihkan tray semaian aku ke belakang rumah. Supaya dapat cukup cahaya matahari.








Okla letak camtu. Tutup-tutup gitu. Hehe. Takut banjir lak nanti kalo dibiarkan terdedah camtu je bila kena hujan. Sekarang ni dah mula nampak pokoknya. Best woo! Nanti kita shot lagi.

Camne Agaknya Anak2ku?

Saturday, March 5, 2011

0 comments
Camne la agak2nya anak-anak pokok yang aku tinggalkan tu? Agak-agaknya boleh hidup tak diorang? Hehe. Anak pompuan aku ni aku bawa sekali la bercuti, tapi yang aku risau anak2 pokok kat rumah tu. Hehe. Ntah, apa la yang jadi kat diorg. Kita tgk esok.

Tadi, aku agak stress. Aku baru lepas pergi kursus FCPO dengan bro Zaid. Memang best, sebab aku dah dapat strategi yang sangat-sangat berguna. Cuma aku belum ada masa lagi nak trade. So, buat masa ni untuk suke-suke je.

Tadi.. aku rasa stress gak. Sebab aku tak pandai la nak borak2 dgn org lain. Samada org yang lagi muda ke atau lagi tua. Yg sebaya pun aku tak pandai borak. Ni la kelemahan terbesar aku. Ibarat jadi kera sumbang je tadi. Malu, segan, tensen.. sume ada. Sampai aku jadi depress lak. Hm.. aku sedar aku dibesarkan dalam suasana yang berbeza drpd orang lain. Aku tak mahu menyalahkan ibubapaku kerana aku membesar jadi begini.. aku terima kekurangan diri aku. Aku terima kelemahan diri aku, cuma aku tak pasti samada mereka sedar tak akan kelemahan diri aku. Sebenarnya aku tak mampu lagi nak bekerja dengan orang.. sebab aku tertekan sangat dengan kelemahan yang ada pada diri aku. Aku jagi kekok bekerja. Nampak canggung. Penuh ketidakupayaan. Orang nampak kelemahan je pada diri aku. Aku sedar sape diri aku, tapi aku cuba tak pedulikan. Bukanlah aku cacat, tapi aku tahu aku lemah dalam komunikasi dan sangat kurang keyakinan diri. Apa yang aku boleh buat. Aku terima kelemahan diri aku. Dan aku mahu perbaiki diri aku. Aku tahu aku tak mampu nak perbaiki diri ini seorang diri. Aku perlukan kaunselor, cuma aku tak tahu di mana nak cari.

Hm.. okla. tu je buat masa ni. Ada gangguan dari cerita cerekarama lak.

Yess... Kejayaan Pertama!!

Thursday, March 3, 2011

1 comments
Maafla. Aku baru lepas onkol semalam. Patutnya update semalam, tapi kepenatan tahap dewa la. Hehe. Namun, penantian dan kesedihan hati terubat bila aku selak je bungkusan tray semaian tu,..
Pop.. pop..

YeaaaaaaaaaaaaaaaAAAaaaaaaaa!!!

Dah ada 3-4 tunas anak pokok menonjolkan diri mereka. Nampaknya percubaan kedua aku berjaya!! Berikut adalah shot-shot kejayaan mereka.. eh, kejayaan aku. Hehehe.

(Tunas pokok ni dah meninggi dah. Cuma belum ada daun lagi.)
(Cantik tengok batang hijaunya.)
(Yang ni lak, nampak betul macam pokok.)
(Kalo perhatikan betul-betul, korang boleh nampak akar dia yang macam kulat tu. Ada beberapa lubang lain yang aku bersihkan 'kulat-kulat' tu, tapi rupanya akar die le. Hohoho.)

Yes! Disebabkan aku nak berangkat kuar dalam 2-3 hari, maka aku terpaksa pergi meninggalkan tanaman aku buat beberapa hari. Kalo aku biarkan buka plastik tu, kang sure kering tanah gambut tu. Kang mati balik tunas-tunas anak pokok tu. Lagi pun, cuma beberapa lubang je yang berjaya daripada 104 lubang tu. So, aku siram cukup-cukup, pastu aku bungkus balik. Lagi 2-3 hari, aku akan tengok balik apa hasilnya.

:-)

Day 7 - Semerah

Tuesday, March 1, 2011

0 comments
Nampaknya, memang takde satu pun biji benih yang kutanam bercambah. Setelah kugodek-godek lubang2 semaian tu, memang rupa tu juga la masa aku mula2 tanam. Maknanya biji tu tak suka dengan persekitaran yang aku letakkan. Mungkin disebabkan agak kering. Kurang kelembapan. Tiada baja. Atau dah diserang penyakit.

Teknik percubaan 1..... gagal, belum berjaya. 

Aku basahkan tanah gambut tu, dan aku gumpal-gumpalkan ke dalam lubang2 tapak semaian. Pastu, biji-biji benih masih dalam bungkusan tu, aku buka bungkusannya dan terus je tabur atas tanah gambut tu. Kemudian, aku tenggelamkan sedikit biji-biji benih tu agar duduk diam-diam dalam tanah. Setelah tu, aku siram lagi supaya tinggi kelembapan tanah yang menatang biji-biji Semerah tu. Kemudian, aku letakkan tapak semaian tu atas dapur, sebelah sinki. Supaya mudah untuk proses penyiraman. Tapi, aku tak tutup @ bungkus tapak semaian tu. So, setiap kali aku nak siram, aku dapati memang tanah gambut tu sempat kering la. Al-hasilnya.... tak tumbuh. :-)

Aku tak kesah pun. Malah makin bersemangat untuk terus mencuba. Sekali gagal, bukan bermakna aku gagal selamanya. Baru aku sedar kenapa orang kata nak semai benih biji cili ni payah. Baru aku rasai apa kepayahan yang dimaksudkan tu. Ala.. silap teknik jek.

Aku pun search kat google dan baca satu persatu pasal cara semaian yang betul. Setelah aku dapat cukup info, ini hasil teknik aku yang kedua. Tapi aku masih mencuba. Aku mencuba bukan untuk berjaya, tapi aku mencuba cara yang lain untuk lihat kegagalan lagi. Dengan itu, aku boleh tahu bahawa cara yang selain daripada yang diterangkan itu tidak berjaya. The more mistakes I do, the more I learn.

Teknik percubaan ke-2.. bermula 2 Mac 2011.
  • Rendamkan biji-biji benih tu dalam tapeware berisi air + tanah gambut. Suhu air ikut suhu air paip = sejuk. Dan aku biarkan semalaman selama 24 jam. 
  • Kemudian, aku alihkan sebiji-sebiji benih-benih tu ke dalam tray semaian. Aku dapati rupa biji-biji benih tu masih sama je. Tak terkopek pun kulit luarnya. Keras gak ye. Takde tanda2 nak bercambah pun, tapi takpelah. Kita tengok nanti. Dan, 2 baris lubang semaian pertama diisi dengan biji-biji yang telah direndam itu. 
  • Kemudian, aku siram kow-kow setiap lubang tu. Biar banjir sikit. Tujuannya untuk pastikan tahap kelembapan tinggi dapat dikekalkan sepanjang aku 'biarkan' selama 72 jam (3 hari). 
  • Lepas siram, aku bungkus tray semaian tu dengan plastik hitam besar yang baru. Tu plastik tong sampah sebenarnya. Dah bungkus cantek-cantek, aku letakkan kat sebelah sinki jugak. 
  • Last.. aku panjatkan doa agar aku mendapat ilmu yang bermanfaat dan hasil usaha pertanian aku menjadi kesemuanya.
 So.. let's wait and see. ;-)

My Future.. My Call.

Monday, February 28, 2011

0 comments
Ini plan perancangan masa depan aku. Mungkin agak crazy bagi sesetengah orang, tapi I believe that we work the best on what we enjoy doing..

Aku akan tamatkan tempoh compulsory servis dalam perkhidmatan. Oleh kerana, aku bukan tajaan JPA, maka aku tidak terikat dengan kontrak 10 tahun JPA dan aku boleh resign pada bila-bila masa tanpa denda. Dengan lesen APC yang aku perolehi, aku akan bergiat secara part-time dalam profession ni. Mungkin setelah duit terkumpul mencukupi, aku akan buka sebuah klinik swasta yang menawarkan perkhidmatan terulung. Maka, aku akan bersabar untuk beberapa tahun lagi.

Sebelum aku resign, aku akan ceburi bidang pertanian secara perlahan-lahan. Aku akan mempelajari bidang baru ini sehingga aku berjaya. Dan, apabila aku sudah resign nanti, aku akan terlibat dalam bidang ini secara full-time. This will be my serious work.. my serious bussiness. I know what I can do and what I sucks to do. Seeing patients, handling a bunch of people to work, furthermore having to cope with my very low self esteem, yet due to the nature of work, I CANT find time to see counselor and get treated! With all these build-up stress over time, I can't think of going into it any further. I am just thinking of getting OUT! I am tired being here. I am not much respected as well, as it is from my weakness of interpersonal communication. I am sucks handling with people. I am no leader inside me. I just stay fine being alone. Being alone, doing thing alone, what makes me be able to focus and do my job to the best. So, that's why.. I choose to quit soon. Many people may see what I choose as a wasteful, sad, and very unfortunate. But.. I know myself the best, so I now decide on my future. I don't care if any people not happy. This is my life, and I am the one who make the call.

So, I find agriculture is suit best with my personality. I can find my own time to work. I can work without anyone interrupt my job. I can do anything to my work. Nobody has to criticise me, or remind me, or bad-mouth me in front of me. I am free.. and although it is not easy, but agriculture bussiness if run well may produce income of 5 X bigger than my stressful work now.

When I have resigned, and have time for myself, I will stay more with family. I will teach my children of deen and living. I will see counselor and pay for some treatment of my personality complexity. I will read more books, and attend more courses. Seeking and learning more about life. And become happier and wiser..

If you think that my resignation would put me into poor living, jobless, depression.. think again, coz I am not stupid. I prepare and ready to take consequences on my decision. It is my life.. and I am the one who make the call. Who know the best about me, who is going to endure whatever happen in my life.. is me!! So, it is my call.


Thank you..

Day 5 - Semerah

0 comments
Dah hari ke-5 aku menunggu, tapi masih tak tumbuh-tumbuh lagi anak pokok Semerah aku neh. Huhuhu.. Sedihnya, tapi aku tak seberapa kisah sangat sebab aku buat pun sekadar suka-suke je.

Sebagai seorang doktor yang pernah melalui keperitan zaman pengajian di universiti dulu, kegagalan adalah suatu kebiasaan.

Dare To Fail.

Macam pernah dengar je ye ayat ni. Apa taknye, inilah tajuk sebuah buku yang famous di Malaysia suatu ketika dulu, yang ditulis oleh Billy Lim. Very inspiring book, that you think failure is an opportunity, rather than depressing.

So, disebabkan rasa tak puashati dengan kemajuan penanaman aku, aku pun mula la mencungkil beberapa lubang tapak semaian tu, dan aku mendapati...

Rupa-rupanya biji-biji benih yang kutanam tu tak hidup lagi. Patutlah takde perkembangan, rupa-rupanya tak tumbuh lagi. Tunggu punya tunggu, siram punya siram, rupanya tak bercambah lagi. Ni mesti ada kesilapan kat mana2 dalam proses tanaman aku. So, aku ulaskan teknik semaian yang aku buat.

Day 3 - Semerah

Friday, February 25, 2011

Nampaknya belum ada apa-apa perubahan lagi pada tapak semaian aku. Belum bercambah lagi pokoknya. Kena tunggu lagi kot. Ala, baru 3 hari. Kena bersabar. Tapi aku dah agak excited dengan hobi baru ni. Sekali pun belum ada apa-apa hasil, tapi aku dapat menyalurkan fikiran dan harapan aku pada sesuatu perkara yang aku suka. Dan, hasilnya aku rasa lebih gembira sikit.

Ni.. beberapa shot yang aku ambil.

(Kerja menyiram dah bermula. Dalam 2 kali sehari aku menyiram.)

(Siram pakai penyembur air je. Hehe, jimat!)

Day 1 - Semerah

Thursday, February 24, 2011

0 comments
Setelah kepenatan oncall pada hari ahad, aku dapat PM OFF pada keesokan harinya, Isnin 21 Feb 2011. Namun, aku cuma dapat angkat kaki keluar dari perkarangan hospital pada pukul 2.30pm. Itulah Jabatan Pesakit Luar pada hari isnin, pesakit ramai giler.

Dengan sedikit kesempatan yang ada tu, aku pun memandu ke pejabat MARDI yang ada kat Tanjung Karang ni untuk mendapatkan sedikit info. Berikut adalah info yang aku perolehi :

1. MARDI adalah pusat penyelidikan pertanian yang dimiliki kerajaan, tapi turut menyediakan kursus/bengkel untuk pertanian. Kursus dia mahal giler. RM700 - RM1200 sekali kursus, yang biasanya dalam 2-3 hari.
2. Dicadangkan supaya aku beli tapak semaian dan tanah untuk memulakan bercucuk-tanam.
3. Ada tawaran ladang kontrak, tapi untuk mereka yang boleh usahakannya sepenuh masa. Kelebihan, FAMA akan beli hasil ladang tu pada harga tetap, tapi sedikit rendah daripada harga pasaran. Namun, bantuan dan sokongan diberikan secara berkala.
4. Satu bungkus biji-biji Semerah yang berharga RM2.00 telah diberikan percuma untuk aku. Hehe.

Kemudian, aku pun belilah beberapa peralatan untuk memulakan hobi baru aku..

Tapak semaian RM3.50
Tanah bakar RM15 / 5kg

Dan, aku pun mulalah mengotorkan tanganku mengisi tapak semaian itu dengan tanah bakar. Bersama-sama isteri, kami masukkan biji-biji Semerah yang diperolehi secara percuma dari MARDI tadi.

Nanti aku update gambar hasil kerja pertanian aku.

(Tapak semaian ini memuatkan 104 lubang)

(Tarikh tu silap ye. 23/2/2011. Ini daripada pandangan sisi.)

(Hasil kerja tak cantik. Ada yang terdalam, ada yang melimpah tanahnya. Biarlah, asalkan anak pokoknya boleh bercambah.)

Jiwaku bukan berjiwa doktor..

0 comments
Aku telah bertungkus-lumus menamatkan zaman persekolahanku. Dan, aku telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, dan lebih membanggakan aku telah berjaya menggengam segulung ijazah yang menjadi pujaan ramai orang, ijazah Perubatan.

Dan.. kini aku adalah seorang pegawai peubatan yang sedang berkhidmat dengan salah sebuah hospital kerajaan di Malaysia. Sememangnya orang menggelar diriku, 'doktor', sesuai dengan pangkat yang aku miliki.

Kelihatannya hidupku seolah-olah sempurna.
Aku telah memiliki jawatan tinggi yang disanjung orang. Aku juga memiliki apa yang diidamkan orang, iaitu sebuah pekerjaan tetap yang bergaji BESAAR.. Aku juga sudah berumahtangga.

Tapi.. aku rasa tertekan dengan kerja aku. Aku rasa keletihan. Aku rasa bosan. Aku selalu mengeluh dengan pekerjaan aku. Aku tak rasa gembira sangat dengan dugaan yang merintang di sepanjang laluan kerjaya aku ni. Aku sentiasa rasa ingin 'quit'. Aku selalu terfikir untuk berhenti kerja.

Kenapa? 

Sebenarnya aku tak seberapa selesa berjumpa dengan bermacam-macam karenah orang. Pelbagai kehendak manusia yang pentingkan diri sendiri yang terpaksa aku hadapi setiap hari. Tak kurang juga sesetengah manusia yang tak berhati perut yang melulu mencarut di hadapan aku, sedangkan yang mereka salahkan adalah sistem, dan aku sendiri hanyalah pekerja kepada sistem itu. Tapi, akulah yang dimaki hamun.

Tak kurang juga mereka yang tak berpuas-hati dengan layanan aku, sekali pun dengan senyuman dan kata-kata lembut aku berikan, namun tak dapat jua memuaskan kehendak mereka yang tak kenal bersyukur dan berterima kasih.

Malah, begitu ramai juga yang awal-awal lagi menunjukkan keegoan diri mereka dan mempertikaikan segala keputusan aku seolah-olah mereka mengetahui semua, dan melontarkan hujah-hujah itu dan ini yang kulihat cumalah andaian dan khabar angin tanpa bukti-bukti saintifik dan pengesahan kementerian kesihatan. Mereka fikir mereka lebih pandai dan menganggap aku sebagai musuh kerana bercanggah dengan pendapat mereka, sedangkan aku lihat mereka seperti dipukau dan diperbodohkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengabui mata mereka. Bila aku cuba memberikan nasihat yang sebaliknya, aku pula dianggap tidak layak dan musuh.

Ada juga yang menggunakan ugutan untuk menjatuhkan maruah aku, atau meminta pihak atasan kementerian untuk mengambil tindakan dan hukuman ke atas aku, sedangkan apa yang aku buat adalah berdasarkan protokol dan 'guideline'. Namun, sikap ketidakpuasan hati mereka mahu aku turut dipersalahkan, sekalipun aku cuma menjalankan tugas.. dan tugas aku adalah membantu merawat sakit mereka!

Aduh... andai aku seorang yang pandai berkomunikasi dan bermanipulasi, mungkin aku dapat cantas mereka-mereka yang ego dan aku dapat kendurkan kemarahan mereka yang tak puashati, dan menggembirakan mereka yang kesedihan. Namun aku bukan begitu.. aku kurang pandai berkomunikasi. Aku cuma pandai ilmu perubatan, tapi lemah ilmu interaksi..

Doktor.. sekali pun gah pada namanya, tapi hidupku tertekan kerananya...

Ya Allah, izinkan aku untuk mengundur diri darinya dengan aman dan baik.