Aku telah bertungkus-lumus menamatkan zaman persekolahanku. Dan, aku telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, dan lebih membanggakan aku telah berjaya menggengam segulung ijazah yang menjadi pujaan ramai orang, ijazah Perubatan.
Dan.. kini aku adalah seorang pegawai peubatan yang sedang berkhidmat dengan salah sebuah hospital kerajaan di Malaysia. Sememangnya orang menggelar diriku, 'doktor', sesuai dengan pangkat yang aku miliki.
Kelihatannya hidupku seolah-olah sempurna.
Aku telah memiliki jawatan tinggi yang disanjung orang. Aku juga memiliki apa yang diidamkan orang, iaitu sebuah pekerjaan tetap yang bergaji BESAAR.. Aku juga sudah berumahtangga.
Tapi.. aku rasa tertekan dengan kerja aku. Aku rasa keletihan. Aku rasa bosan. Aku selalu mengeluh dengan pekerjaan aku. Aku tak rasa gembira sangat dengan dugaan yang merintang di sepanjang laluan kerjaya aku ni. Aku sentiasa rasa ingin 'quit'. Aku selalu terfikir untuk berhenti kerja.
Kenapa?
Sebenarnya aku tak seberapa selesa berjumpa dengan bermacam-macam karenah orang. Pelbagai kehendak manusia yang pentingkan diri sendiri yang terpaksa aku hadapi setiap hari. Tak kurang juga sesetengah manusia yang tak berhati perut yang melulu mencarut di hadapan aku, sedangkan yang mereka salahkan adalah sistem, dan aku sendiri hanyalah pekerja kepada sistem itu. Tapi, akulah yang dimaki hamun.
Tak kurang juga mereka yang tak berpuas-hati dengan layanan aku, sekali pun dengan senyuman dan kata-kata lembut aku berikan, namun tak dapat jua memuaskan kehendak mereka yang tak kenal bersyukur dan berterima kasih.
Malah, begitu ramai juga yang awal-awal lagi menunjukkan keegoan diri mereka dan mempertikaikan segala keputusan aku seolah-olah mereka mengetahui semua, dan melontarkan hujah-hujah itu dan ini yang kulihat cumalah andaian dan khabar angin tanpa bukti-bukti saintifik dan pengesahan kementerian kesihatan. Mereka fikir mereka lebih pandai dan menganggap aku sebagai musuh kerana bercanggah dengan pendapat mereka, sedangkan aku lihat mereka seperti dipukau dan diperbodohkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengabui mata mereka. Bila aku cuba memberikan nasihat yang sebaliknya, aku pula dianggap tidak layak dan musuh.
Ada juga yang menggunakan ugutan untuk menjatuhkan maruah aku, atau meminta pihak atasan kementerian untuk mengambil tindakan dan hukuman ke atas aku, sedangkan apa yang aku buat adalah berdasarkan protokol dan 'guideline'. Namun, sikap ketidakpuasan hati mereka mahu aku turut dipersalahkan, sekalipun aku cuma menjalankan tugas.. dan tugas aku adalah membantu merawat sakit mereka!
Aduh... andai aku seorang yang pandai berkomunikasi dan bermanipulasi, mungkin aku dapat cantas mereka-mereka yang ego dan aku dapat kendurkan kemarahan mereka yang tak puashati, dan menggembirakan mereka yang kesedihan. Namun aku bukan begitu.. aku kurang pandai berkomunikasi. Aku cuma pandai ilmu perubatan, tapi lemah ilmu interaksi..
Doktor.. sekali pun gah pada namanya, tapi hidupku tertekan kerananya...
Ya Allah, izinkan aku untuk mengundur diri darinya dengan aman dan baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment