Dah hari ke-5 aku menunggu, tapi masih tak tumbuh-tumbuh lagi anak pokok Semerah aku neh. Huhuhu.. Sedihnya, tapi aku tak seberapa kisah sangat sebab aku buat pun sekadar suka-suke je.
Sebagai seorang doktor yang pernah melalui keperitan zaman pengajian di universiti dulu, kegagalan adalah suatu kebiasaan.
Dare To Fail.
Macam pernah dengar je ye ayat ni. Apa taknye, inilah tajuk sebuah buku yang famous di Malaysia suatu ketika dulu, yang ditulis oleh Billy Lim. Very inspiring book, that you think failure is an opportunity, rather than depressing.
So, disebabkan rasa tak puashati dengan kemajuan penanaman aku, aku pun mula la mencungkil beberapa lubang tapak semaian tu, dan aku mendapati...
Rupa-rupanya biji-biji benih yang kutanam tu tak hidup lagi. Patutlah takde perkembangan, rupa-rupanya tak tumbuh lagi. Tunggu punya tunggu, siram punya siram, rupanya tak bercambah lagi. Ni mesti ada kesilapan kat mana2 dalam proses tanaman aku. So, aku ulaskan teknik semaian yang aku buat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment