Teknik percubaan 1..... gagal, belum berjaya.
Aku basahkan tanah gambut tu, dan aku gumpal-gumpalkan ke dalam lubang2 tapak semaian. Pastu, biji-biji benih masih dalam bungkusan tu, aku buka bungkusannya dan terus je tabur atas tanah gambut tu. Kemudian, aku tenggelamkan sedikit biji-biji benih tu agar duduk diam-diam dalam tanah. Setelah tu, aku siram lagi supaya tinggi kelembapan tanah yang menatang biji-biji Semerah tu. Kemudian, aku letakkan tapak semaian tu atas dapur, sebelah sinki. Supaya mudah untuk proses penyiraman. Tapi, aku tak tutup @ bungkus tapak semaian tu. So, setiap kali aku nak siram, aku dapati memang tanah gambut tu sempat kering la. Al-hasilnya.... tak tumbuh. :-)
Aku tak kesah pun. Malah makin bersemangat untuk terus mencuba. Sekali gagal, bukan bermakna aku gagal selamanya. Baru aku sedar kenapa orang kata nak semai benih biji cili ni payah. Baru aku rasai apa kepayahan yang dimaksudkan tu. Ala.. silap teknik jek.
Aku pun search kat google dan baca satu persatu pasal cara semaian yang betul. Setelah aku dapat cukup info, ini hasil teknik aku yang kedua. Tapi aku masih mencuba. Aku mencuba bukan untuk berjaya, tapi aku mencuba cara yang lain untuk lihat kegagalan lagi. Dengan itu, aku boleh tahu bahawa cara yang selain daripada yang diterangkan itu tidak berjaya. The more mistakes I do, the more I learn.
Teknik percubaan ke-2.. bermula 2 Mac 2011.
- Rendamkan biji-biji benih tu dalam tapeware berisi air + tanah gambut. Suhu air ikut suhu air paip = sejuk. Dan aku biarkan semalaman selama 24 jam.
- Kemudian, aku alihkan sebiji-sebiji benih-benih tu ke dalam tray semaian. Aku dapati rupa biji-biji benih tu masih sama je. Tak terkopek pun kulit luarnya. Keras gak ye. Takde tanda2 nak bercambah pun, tapi takpelah. Kita tengok nanti. Dan, 2 baris lubang semaian pertama diisi dengan biji-biji yang telah direndam itu.
- Kemudian, aku siram kow-kow setiap lubang tu. Biar banjir sikit. Tujuannya untuk pastikan tahap kelembapan tinggi dapat dikekalkan sepanjang aku 'biarkan' selama 72 jam (3 hari).
- Lepas siram, aku bungkus tray semaian tu dengan plastik hitam besar yang baru. Tu plastik tong sampah sebenarnya. Dah bungkus cantek-cantek, aku letakkan kat sebelah sinki jugak.
- Last.. aku panjatkan doa agar aku mendapat ilmu yang bermanfaat dan hasil usaha pertanian aku menjadi kesemuanya.
0 comments:
Post a Comment