Bagi kebanyakan orang, seorang doktor dengan gaji yang sekian lumayan, mesti berpenampilan mewah dan bergaya. Mesti! Kalo ada orang yang mengaku doktor, tapi pakaian macam cikai je, itu sah doktor penipu. Begitulah stigma masyarakat pada rupa pakaian doktor.
Namun.. aku pula lain kisahnya. Ntahla, memang aku bukan yang jenis suka bermewah. Aku tak kisah berpakaian compang-camping sekali pun. Aku tak heran jika seluar aku koyak dan aku jahit semula. Aku lebih suka pakai baju-baju yang lusuh sebab lembut dan senang menyerap peluh, lagi pun kulit aku alahan sikit pada baju-baju baru yang masih berlilin. Itulah diriku..
Mungkin kebanyakan kawan2 aku sudah menukar baju2 kerja mereka sejak bermula alam pekerjaan ini. Aku dapat lihat sorang kawan baik aku beli satu set baju seluar batik yang megah dan sangat 'class'! Memang dia bergaya sungguh. Tapi.. aku masih lagi memakai baju2 kuliah yang aku gunakan masa zaman universiti lagi! Memang dah usang giler baju aku, tapi sebab masih utuh lagi benangnya, maka aku teruskan jugak memakai. Kawan2 aku pun semua pakai kereta2 yang mewah2, macam Honda City, Vios, dan tak kurang juga yang meminati kereta pilihan ramai Myvi. Ada yang pakai Kancil? Takde, kecuali aku..
Apa da aku ni, takde standard langsung. Beli barang cikai-cikai je. Pakai baju yang dah lama. Beli lah baju baru sikit, baru nampak smart! Kedekut la. Dan macam-macam lagi tohmahan yang aku fikirkan sendiri. Tapi itulah aku...
Aku suka low profile. Keep low. Do my own business. So, bila aku berpandangan macam ni, aku selalu memikirkan untung rugi tindakan yang aku pilih. Nak beli baju baru, tapi baju lama masih elok. Berbaloi ke beli baju baru? Nanti kang banyak baju, tak pakai-pakai lak. Dah membazir.. Begitulah yang selalu aku fikirkan. Ya, dengan berfikiran begini aku menjadi kedekut dalam berbelanja. Tapi aku tak mahu diri aku memiliki ciri yang dibenci Allah itu, maka aku mudahkan tangan aku menghulur kepada mereka yang meminta dalam bentuk sedekah. Namun aku memilih juga peminta sedekah ni, kalo yang budak kecik minta, aku tanya kow-kow siapa ibubapa dia, apa ibubapa dia buat, siapa penjaga dia, adakah penjaga dia yang suruh minta derma, dan lain-lain. Aku bukan nak mencaci peminta sedekah, tapi sedar tak korang ada sesetengah orang dewasa jahanam yang mempergunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah daripada orang awam, dan kemudian merampas hasil sedekah itu daripada budak2 yang malang tu untuk kegunaan mereka sendiri. Ya Allah, betapa zalimnya mereka. Kalo aku tahu, memang aku nekad nak report kat JKM/Polis untuk siasat. Kena jadi masyarakat prihatin untuk selamatkan masa depan kanak-kanak yatim piatu itu.
Bila makan bersama kawan, aku cuba pujuk hati untuk belanja diorang makan. Bila main futsal, aku bayar lebih sikit. Semata-mata untuk mendidik jiwa aku yang memang kedekut. Itulah diri aku...
Itulah aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
pakai keta kancil pun bukan bermakna miskin atau tak standard tapi jimat............
keta tu banyak berjasa....
Post a Comment